Saturday 21 May 2016

kenali halia bentong dan fungsi nya pada badan

                        HALIA BENTONG 



halia bentong merupakan salah satu ramuan asas di dalam penghasilan jus ikhlas.mengapa di sini begitu penting nya halia ini dan bagaimana halia ini memberikan kesan positif pada penguna yang mengalami masalah darah tidak lancar, banyak angin,sakit sendi,lemak di dalam saluran darah dan lain-lain lagi yang membantu menyihatkan tubuh badan.



rajah rupa bentok halia bentong


-#halia bentong berbeza rupanya dengan halia lain lebih pedas dan berkhasiat jika di banding kan dengan kebanyakkan halia di pasaran.





Halia Bentong memang sudah lama dikenali ramai oleh penggemar tanaman halia ini. Sejenis tumbuhan yang tergolong di dalam tanaman rizom. Nama saintifiknya Zingiber officinale . 
Tanaman Halia di Daerah Bentong telah mula diusahakan sekitar tahun 1963 lagi. Petani berbangsa Cina adalah golongan terawal memulakan penanaman ini di sekitar Kg. Bukit Tinggi, Bentong.

Iklim mikronya sesuai bagi pertumbuhan halia. Terletak kira-kira 700 meter di aras laut. Purata taburan hujan sekitar 187mm sebulan @ ~2200mm setahun. Suhu antara 24 darjah Celcius ~ 28 darjah Celcius.

Ramai pelawat dari seluruh negara telah datang mela
wat di ladang halia bentong di Kg. Janda Baik dan Kg. Bukit Tinggi. Keseluruhan kawasan penanaman halia ini dianggarkan lebih kurang 400ha.

Antara Keistimewaan Halia Bentong berbanding halia lain ialah : 
  • Rasanya yang lebih pedas - gunakan hanya separuh dari penggunaan halia biasa. Jika tidak akan rasa sedikit pahit pedas.
  • Urat / serabut lebih halus - walaupun lebih halus namun kandungan serat juga tinggi. Lebih mudah untuk memotong.
  • Kandungan air tinggi
  • Warna isi kuning cerah
  • Phytochemical yang tinggi - seperti gingerol

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. 



Antara khasiat Halia:
- Membantu menghadamkan makanan.
- Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
- Mengawal hati supaya tidak sejuk & basah.
- Membantu menguatkan tenaga jimak & menambahkan air mani.
- Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.
- Membuang kahak & lendir yang melekat di bahagian halkum.
- Menghilang bau busuk mulut.
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdap
at pada makanan & buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum. 









untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari fb page kami 
ridzherbsofficial
atau boleh hubungi kami 0105036717 ridz